Thursday, August 21, 2008

SERUAN TGNA sempena PR kecil P44

RAYUAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUH

Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh. Tuan/Puan, Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.


Saudara/Saudari Sekalian, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T. Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya. Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik.



Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan. Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Tanggal : 18 Sya’ban 1429/20 Ogos 2008.

Thursday, August 7, 2008

PEMILIH DI PERMATANG PAUH - Pulanglah berpilihanraya.

Yeah.. perjuangan mesti di teruskan walau apa saja halangan menimpa demi agama, bangsa, negara.. demi memulihkan imej negara, imej kehakiman, imej kepolisan yg tercalar teruk akibat perbuatan mereka2 yg tidak bertanggungjawab, yg hanya memikirkan kesenangan tembolok sendiri dan kroni..

Ini lah masanya utk kita sama2 berkorban cuti, wang ringgit dan tenaga bagi sebuah harapan baru untuk Malaysia.

So kepada para pemilih di Permatang Pauh.. jgn bazirkan undi anda.. jgn biarkan ada ruang utk BN manipulasi undi anda.. di sini disertakan sedikit pesanan ringkas dari sahabat seperjuangan yg hanya mampu berdoa dari jauh dan sedikit moral support utk anda pejuang keadilan...

1) sape2 yg duk jauh..apply cuti segera.. balik jgn tak balik.. undi kalian amat berharga utk memastikan negara yg tonggang terbalik ni boleh dibetulkan.. satu malaysia mengharapkan pengundi PP.. demi agama bangsa dan negara.. please dont waste your vote..

2) bagi yg dekat.. tp bekerja.. mesti keluar mengundi awal2 pagi.. supaya kertas undi anda tidak dipangkah oleh org2 yg tidak dikenali.. semoga Allah melaknat sesiapa yg sanggup buat keje kotor gini...please keluar ngundi awal2 pagi..

3) kepada petugas2 PR.. make sure setiap pusat buangan undi dijaga setiap saat.. setiap detik... keliling kawasan pengundian.. mana2 individu yg tidak dikenali pancung awal2..

4) awasi setiap gerak geri SPR terutama selepas selesai pembuangan undi.. follow kemana saja tong undi dibawa.. jgn jd mcm kat kelantan.. polis bersubahat dgn petugas BN melarikan tong undi. dan pastikan tiada tong undi muncul dari kerajaan langit ayah pin.. hehehe..

5) Last but not least, jgn dilayan sebarang provokasi yg dicetuskan oleh mereka2 yg tidak dikenali..

Semoga Allah akan memberikan kemenangan kepada DSAI dan PR.. amiinn.

LAWAN TETAP LAWAN....