Sunday, July 26, 2009

Nurin si lanun

Sian anak mama.. kena pakai eye patch. Semalam ktorng pegi ISEC kat Mid Valley, suggested by opthalmologist kat hospital pakar Annur. Kat Malaysia ni quite bersepah la jugak pakar mata, BUT pakar mata budak just ada 2 org je. Sorang kat ISEC, Dr. Choong dan sorang lagi kat HKL. Bkn senang nak jadi pakar mata budak. Opthalmologist kena tmabah lg 3 thn study, tak ramai yg sanggup kut.

Klu pegi HKL, mesti kena Q bertahun2, so ktorang decide pegi je kat ISEC setelah dapat refer letter dari An-nur, then dpt GL dari tempat keje bapak budak2 ni. Berdebau gak jantung mama, takut karang Dr. advice suruh operate ke apa ke.. tak sanggup tgk anak dlm kesakitan.

But then Alhamdulillah, Dr. ckp parut kat kornea mata Nurin tak effect sgt penglihatan dia.. just sipi2 pupil je.. tak menghalang sgt cahaya masuk ke retina. because of that problem, mgkin Nurin byk rehatkan mata kanan dia, jd lazy eye. So mata kiri overloaded. So Dr. advice utk tempek eyepatch selama 2 jam sehari pada mata kiri utk membiasakan mata kanan bekerja. Hopefully after 2 mnths mata kanan akan memikul beban yg sama dgn mata kiri.

Masalah macam tu hanya blh dipulihkan dgn operation, tp Dr. tak advice sgt. Sbb Nurin still baby, chances utk pulih tak besar dan byk risiko, lagipun parut dekat kornea mata nurin duk tepi2 pupil je, parut tu mungkin tidak akan membesar dan tidak mgkin menjadi lbh kecil, tp diharapkan semakin Nurin membesar, matanya yg lebih besar akan menjarakkan lagi parut dgn pupil. InsyaAllah.

Mula2 dipakaikan eyepatch tu, sibuk gak tangan dia nak tanggalkn benda alah tu. Tp stlh tak berjaya, dia give up.. dia biar je la mcm tu. Kakak2 si Nurin panggey dia lanun.. sampai ati korang ye..

Walau apa pun ckp opthalmologist kanak2 tu, mama yakin Allah penuh dgn sifat Pengasih, Penyayang, Mengasihani.. mana tau miracle akan berlaku kat Nurin.. One day parut kecik kat kornea mata Nurin akan ilang 100%... who knows?? InsyaAllah.. apa2 pun mama saaaaaaaayangggggg sgt kat Nurin. .. Muahhhhhhhhhhhssssssssss

Sunday, July 19, 2009

Majlis Khatam IQRA' SRA Sg. Ramal.

Jumaat 17/8/2009 si kakak terpaksa ponteng sekolah kebangsaan sbb ada Majlis Khatam IQRA' kat sekolah agama pada ptg tu.. serba salah jugak.. dua2 penting, tp demi meraikan majlis tu, kami benarkan lah dia ponteng.. maka ptg jumaat 2.30ptg berduyun2 la kami sekeluarga termasuk atoknya ke sekolah agama utk meraikan majlis si kakak dan kengkawannya. Bangga mama tgk kakak bebaris masuk dewan.. dan kemudian mengalunkan beberapa surah dan beberapa page dlm IQRA' 6.. last sekali diorang alunkan doa khatam quran. Lepas tu baru la ada ucapan guru besar, pengerusi PIBG dan seterusnya majlis penyampaian sijil dan hadiah.

Actually si kakak ni dah lama dah tamat IQRA'.. ketika memasuki umur 6 thn klu tak silap.. duk mengaji dgn mama yg garang ni ptg2 dan malam2 hari.. selalu kena cubit, sbb dia ni malas sikit.
Berbaloi la jugak w/pun kadang2 kesian. tp demi melihat si anak dpt menguasai ALQURAN dgn baik pada usia muda, mama kuatkan semangat, paksa diri ngajar si anak...
Sejak si kakak kecik, baru belajar bercakap lagi mama dah ajar ngaji.. time2 nak tidur baca ayat2 lazim, start dari AlFatihah sampai surah ad-dhuha, juga ajar segala doa yg mama tau... 2-3 hari setel la satu surah/doa.. Alhamdulillah.. dah habis hafal semua tu, baru la start study alif ba ta.. beli cd kumpulan ilham.. tiap2 hari duk dengar CD tu.. then baru kenalkan si kakak dgn IQRA'.

InsyaAllah tak lama lagi si kakak akan khatam QURAN pulak. Tinggal lagi satu juz je lagi nak habis.. tak sabar2 mama nak wat pulut kuning ngan bunga telur.. hehee.. Actually mama tak sabar kakak khatam sbb mama dah tak larat nak layan kerenah kakak yg selalu byk iklan time ngaji.. dan punya susah nak pujuk suh ngaji... SABARRRRRRRRRRR...... sikittttttttt je lagi....

Sunday, July 12, 2009

Solat duha sebagai roh rezeki

Solat duha sebagai roh rezeki

Oleh ZUARIDA MOHYIN

REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.
Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.
Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba- Nya. (asy-Syura: 27)

Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?
Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.

Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.
Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan..
Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.
Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan
di akhirat kelak.Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini.

diciplak dari blog: YB IDHAM LIM

Khasiat Kurma, Kismis & Madu Menurut ISLAM

Khasiat Kurma, Kismis & Madu Menurut ISLAM
Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.
Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.

Dicilok dari : http://idhamlim.blogspot.com/

heppi besday kakak..


Ni adiah kakak dan kad utk besday yg ke 7, jatuh pada hari sabtu 18/7/2009. yg merah tu dari mama dan abah.. yg kotak bear kecik sikit tu hadiah dari nasreen dan nurin. Kakak kata dia hanya mahu barang2 sekolah.. Semoga kakak suka dgn hadiah yg mama beli. Harapan mama, abah dan adik2, semoga kakak akan jadi anak solehah, lembut hati, sentiasa patuh dan taat dgn suruhan Allah, dgr cakap abah n mama dan menjadi seorang kakak yg baik serta bertanggungjawab terhadap adik2. Last but not least rajin solat dan mengaji...
kat bawah ni plak kek hari jadi..
Selalunya besday anak2 ktorang sambut mana yg ada je.. time nabila sorang2, sambut bertiga, time ada nasreen sambut berempat, this year start sambut berlima dgn kehadiran Nurin.. tp ari ni atok diorang dr johor datang.. so ktorng celebrate ber-6. tak pernah lg ktorg buat party gempaq2.. almaklumlah.. mamanya tak rajin nak bersilat kat dapur, tak reti nak entertain tetamu n tak yakin dgn kebolehan memasak.. :(

Saturday, July 11, 2009

Pertandingan mewarna

Tgh heppi ni.. ari ni ada pertandinagn mewarna kat PKNS sempena pesta buku.. awal2 lagi dah register.. 5 hari sblm pertandingan klu tak silap.. borang pun si kakak yg umur 7 thn tu isikan sendiri..

so, pagi2 lagi diorang dah pegi congok kat ruang legar PKNS tu.. patutnya 10 pagi dah start, tp tunggu peserta ramai lg tak datng.. start ler 10:55.. budak2 ni biasa la.. dpt kertas terus kaler dgn semangatnya.. nampak lawa lah jugak.. tp 1/2 jam terakhir, bila badan/tgn dah lenguh2, mula lah kaler main tonyoh2 je.. tp syarat nak menang senang je.. jgn tinggal kan ruang putih .. kaler je semua.. comot ke, buruk ke.. tu 2nd, 3rd punya cerita.. hehehe..

Si nasreen category 4,5,6 thn.. nabila lak 7,8,9 thn.. emm.. dari situ dah blh teka nabila blh menang ke tak.. hehehe.. hadiah sampai 5th place je.. Alhamdulillah, nasreen dpt gak la no. 2..TAHNIAH!! tp si nabila, merah jugak lah mata dia... tak pe. kita cuba lagi next time.. nanti mama belikan kaler yg elok sikit sempena besday ke 7 sabtu ni (18/7/2009).. yg penting "don't give up"..

Hadiah berupa hamper dan langganan setahun majalah ANIS.. tp rabu mlm khamis ni baru dpt sempena majlis penutup pesta buku tu... sabar je la tunggu nak menjamu isi hamper tu... nanti once dah dpt hadiah tu, kita tempek kat sini sbg kenangan.. tunggguuuuuuuu...

sebagaimana yg dijanjikan.. hadiah yg ditunggu dah tiba... jengjengjeng..





Thursday, July 9, 2009

INFO:GELATIN

Gelatin Halal adalah satu fenomena yang semakin ramai yang memperkatakannya. Dunia hari ini terus hangat berbincang tentang isu sihat ini. Hampir seluruh umat Islam menjadi bimbang dengan bahan yang dinamakan gelatin ini. Ianya menjadi tanda tanya samada ianya halal atau tidak.Misi kita di sini adalah untuk memahami dan mengenalinya dengan lebih lanjut lagi, seterusnya memilih jalan yang terbaik, suci dan HALAL. Di dalam pertemuan pertama kita ini, kami akan cuba untuk memberi informasi untuk anda sebanyak-banyak yang termampu. Insya-ALLAH.

APA ITU GELATIN ??

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:

* Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
* Puding, kek dan pai
* Gummi jelli, Pastil berperisa
* Yogurt, keju dan butter
* Ais-krim
* Pencuci mulut segera
* Gula-gula getah (Chewing gum)
* Produk-produk daging yang diproses

Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.

"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"

HALAL ATAU TIDAK ??
Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?
Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan.
Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam.
BIMBANG!, RISAU!, RESAH...
Itulah yang bermain di fikiran anda kan? Apatah lagi bila kebanyakkan kek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!!

Pemilik restoran yang berugama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda.
Ibu-ibu, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL!

Adakah anda ingat semua gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini hanya terdapat di dalam makanan? JANGAN TERKEJUT...ianya juga ada di dalam banyak jenis barangan-barangan lain lagi.
Produk-produk lain yang mengandungi gelatin antaranya ialah:

* Kapsul penyalut ubatan
* Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan
* Berbagai-bagai jenis Ubat Gigi
* Hampir ke semua Kosmetik Kecantikan
* Semua Minyak Wangi
* Sabun-sabun mandi dan pelembut fabrik
* Losen Badan, kaki dan tangan

"ASTARGFIRULLAH! WASPADALAH SAUDARA-SAUDARA KU! Sesungguhnya Iman kita yang lemah ini akan terus HANCUR hanya dengan memakan makanan haram dan menggunakan barangan haram. Sebab itulah ianya AMAT DI TEGAH didalam Islam!"


BEBERAPA MASALAH SEKIRANYA ANDA TERUS MENGAMBIL
~ MAKANAN HARAM ~

* Kehidupan kita tidak tenteram. Hasil daripada nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah dan kehidupan seharian kita tidak ceria serta selalu tertekan.
Apabila kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadi sebati dalam tubuh badan kita seterusnya menjadi darah daging kita. Lalu bala mulai melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa.

* Tubuh badan kita juga akan mudah dijangkiti berbagai jenis penyakit dan lemah sistem immuniti.

* Apabila tubuh badan kita sarat dengan makanan haram, ianya akan mendorong kita berperangai buruk dan bersifat degil serta keras hati, berfikiran negatif, mudah berprasangka buruk terhadap orang lain.

* Kita akan berubah menjadi seorang yang begitu senang untuk meninggalkan solat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH

* Diri kita juga akan terdorong kepada aktiviti yang tidak sihat seperti, melakukan maksiat, mengambil pil-pil khayal dan sebagainya.

* Tanpa kita sedari, kita akan mudah gagal dalam kehidupan kita walau pelbagai usaha yang telah kita lakukan.

* Sesungguhnya mereka yang memakan makanan haram adalah mereka yang telah dihasut syaitan dan telah dipesongkan oleh orang-orang kafir.


di rembat dari http://idhamlim.blogspot.com

Friday, July 3, 2009

RELAX JAP

Tak de idea nak merapu kat sini. Jom dgr lagu korea. Group ni glamer masa mula2 jejak kaki kat korea 16 thn dulu.. hehehe. Sume lagu2 ala2 lullaby. layanzzzzzzzzzz..