Tuesday, June 16, 2009

POSTO.. POSTO..

adoi.. bersawang umah gue.. first time gue nak bukak citer ni.. selalunya gue copy paste je... gambo tanpa cerita.. bila tgk mat kimi pun jadi blogger, gue pun naik semangat nak mengarang..
adui la.. letih pikir nak susun ayat.. dah lama tak mengarang.. dah le time sekolah dulu karangan selalu tahap average je.. kesimpulannya memang tak de talent jd penulis tersohor..

emm... nak citer apa ek... actually wa tgh pening skrng ni.. mcm2 hal, mcm2 citer yg menyakitkan mata dan tinga.. pasal UG la, hape la.. sbg seorang yg duk atas pagar, yg lbh condong kepada kumpulan yg memperjuangkan amar makruf nahi mungkar ni, gue mintak tolong la sesangat.. jgn la berpecah belah. Jgn kerana diuji dgn kemenangan yg kecik, masing2 dah naik tocang. Golongan muda yg celik politik masing2 dah nampak kewibawaan PAS dlm perjuangan membela nasib anak bangsa dan agama ni. Jadi sama2 la pertahankan prinsip perjuangan parti dan aspirasi rakyat.

erk.... UG tu gapo dio.. UG-14 ke, mcm yg ni... hehehe



UMNO tu ibarat ular, bukan sebarang ular, tp anaconda gitew. anaconda ni tak main patuk2nya.. tak hip hop ler. Klu dapat terus telan je.. tgk size la bro..heheh..so paham2 sendiri la yek.. jgn sampai ada yg kena telan 2,3,4 kali.. tgk kepada situasi skrng sampai gue kena kapan pun gue takkan percaya UMNO akan berubah menjadi lbh baik.

Wa syahdu giler dgn perangai2 melayu dlm UMNO ni. Malas nak membebel..masing2 dah arif perangai diorang. Apa jenayah diorang tak buat. Tp sbb diorang ni ala2 above the law kononnya, tak de polis berani tangkap.. tak de mahkamah berani dakwa, tak de jail berani kurung. Maka jadilah gang2 ni, bertambah besar kepala, bertambah jahat....

Insaflah wahai manusia. Kita idup ni paling lama pun 60 thn je. Tak pernah pikir siksaan kubur ke.. tak pernah pikir pembalasan akhirat ker.. jahil agama sgt ker org2 ISLAM akhir zaman ni..
insaf la wahai jiwa...........

emm.. puas rasa hati..ringan rasa kepala dpt mengadu kat sini.

0 comments: