Jumaat 17/8/2009 si kakak terpaksa ponteng sekolah kebangsaan sbb ada Majlis Khatam IQRA' kat sekolah agama pada ptg tu.. serba salah jugak.. dua2 penting, tp demi meraikan majlis tu, kami benarkan lah dia ponteng.. maka ptg jumaat 2.30ptg berduyun2 la kami sekeluarga termasuk atoknya ke sekolah agama utk meraikan majlis si kakak dan kengkawannya. Bangga mama tgk kakak bebaris masuk dewan.. dan kemudian mengalunkan beberapa surah dan beberapa page dlm IQRA' 6.. last sekali diorang alunkan doa khatam quran. Lepas tu baru la ada ucapan guru besar, pengerusi PIBG dan seterusnya majlis penyampaian sijil dan hadiah.
Actually si kakak ni dah lama dah tamat IQRA'.. ketika memasuki umur 6 thn klu tak silap.. duk mengaji dgn mama yg garang ni ptg2 dan malam2 hari.. selalu kena cubit, sbb dia ni malas sikit.
Berbaloi la jugak w/pun kadang2 kesian. tp demi melihat si anak dpt menguasai ALQURAN dgn baik pada usia muda, mama kuatkan semangat, paksa diri ngajar si anak...
Sejak si kakak kecik, baru belajar bercakap lagi mama dah ajar ngaji.. time2 nak tidur baca ayat2 lazim, start dari AlFatihah sampai surah ad-dhuha, juga ajar segala doa yg mama tau... 2-3 hari setel la satu surah/doa.. Alhamdulillah.. dah habis hafal semua tu, baru la start study alif ba ta.. beli cd kumpulan ilham.. tiap2 hari duk dengar CD tu.. then baru kenalkan si kakak dgn IQRA'.
InsyaAllah tak lama lagi si kakak akan khatam QURAN pulak. Tinggal lagi satu juz je lagi nak habis.. tak sabar2 mama nak wat pulut kuning ngan bunga telur.. hehee.. Actually mama tak sabar kakak khatam sbb mama dah tak larat nak layan kerenah kakak yg selalu byk iklan time ngaji.. dan punya susah nak pujuk suh ngaji... SABARRRRRRRRRRR...... sikittttttttt je lagi....
0 comments:
Post a Comment