Monday, August 3, 2009

Penangan HwangNwang....

Ketika entry ini di copy dr http://idhamlim.blogspot.com/ tlh berlaku sbyk 8 kematian akibat jangkitan H1N1 dlm negara kita. It seems like buat masa ini masih tiada cara yg benar2 berkesan utk mengelakkan virus ini drpd terus merebak. Apakah ini merupakan bala dari Allah. Spt yg kita dpt perhatikan sekeliling, betapa manusia skrg hidup sebebas2nya, jauh dari landasan yg tlh ditetapkan agama ISLAM yg kita sayangi.

Wahai manusia..
igtlah dunia semakin di penghujung usia..
kiamat hampir tiba..
apa bekalan yg akan kita bawa..

Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
* Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)
* Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain- lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
1. Kanak- kanak berusia kurang 5 tahun
2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
3. Kanak- kanak dan remaja (18 tahun ke bawah) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang
4. Wanita mengandung
5. Dewasa dan kanak- kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
6. Dewasa dan kanak- kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah
7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.

0 comments: