Monday, June 22, 2009

BERATNYA SOLAT

Fakhrol Ekram Abdul Razak

HUKUM MENINGGALKAN / MENGINGKARI SOLAT
Hukum meninggalkan solat

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.

Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.

Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.

(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya) .

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

1.Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.

2.Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.

3.Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT KERANA MENGINGKARI HUKUM WAJIB SOLAT

Para ulama' telah sepakat mengatakan bahawa sesiapa yang ingkar kepada hukum wajib sembahyang, maka dia akan menjadi kafir dan dihukum murtad. Ini kerana kewajipanya telah disabitkan kepada dalil Al-Quran, Sunnah serta Ijma' Ulama'. Hukum menunaikan sembahyang adalah wajib ke atas setiap muslim yang telah berakal, baligh dan berada dalam keadaan suci. Pengertian suci ialah tidak ketika datang haid atau nifas, tidak berada dalam keadaan gila atau pitam. Bagi sesiapa yang meninggalkannya kerana malas dan menganggapnya satu perkara remeh dan mudah serta sering meninggalkannya, maka dia akan digelar sebagai seorang yang fasik dan penderhaka. Bersabda Rasulullah, 'Yang membezakan seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang'.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda, 'Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya' . (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)

Firman Allah, 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang'. (Al-Mudassir : 42-43)

Bersabda Rasulullah, 'Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya' . (H.R. Ahmad)

Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

Wallahu a’lam.

Dicilok dari http://idhamlim.blogspot.com/

Saturday, June 20, 2009

GOOD LUCK


Glitterfy.com - Glitter Graphics


Ari ni bapak budak2 ni exam. GOOD LUCK. Semoga dapat jawab semua soalan dgn baik dan semoga lulus dgn cemerlang. Result?? lagi 2 minggu. Tunggggggggguuuuuuuuuuuu.

Tuesday, June 16, 2009

HAPPY FATHER'S DAY



Selamat hari bapa utk bapa2 mithali di luar sana.. jagalah anak2 dan isteri dan ibu baik2. Mereka semua adaLAH TANGGUNGJAWAB, bkn beban yg terpaksa digalas...

Sempena hari bapa, blk dr sekolah agama si kakak kasi kad kat bapak kesayangan dia. Buat dlm kelas time cikgu tak masuk katanya. Hensem dak bapak budak2 ni.. hehehe





Mari berbalas pantun

emm.. meh kita uji kepakaran berpantun plak. Bab2 berpantun ni, blh la sikit2... gue nak jual ni.. sape mau beli angkat beg duit.. hehehe

Apa di harap Zambry di seberang
Entahkan bubar DUN entahkan tidak
Jgn terover mengharap simpati org
Karang menyampah dek org perak.

Meh nak kasi dia punya terjemahan.
Sebagaimana yg kita tahu pemimpin2 umno ni sentiasa mau kelihatan bersih, sopan santunn hebat, berkaliber dan memiliki sifat terpuji di hadapan khalayak ramai. So segala kerja kotor, kerja jahat, diorang pass kat FRu, polis, pekida, mahkamah, media and so on (pencacai???).

Tp, berlainan pulak dgn pemimpin2 dan penyokong2 PR.. segala2 nya dilakukan sendiri.. tanpa bantuan dari any pasukan beruniform or samseng upahan. Bertempik, berdemo, berceramah sana sini utk menerangkan kebenaran, menghuraikan kekusutan, menjawab segala fitnah dan tohmahan. Pergunakan segala kesempatan yg ada, tak kira masa dan tempat.

So bagi mereka2 yg suka simpan otak kat muzium akan pikir betapa pemimpin2 PR dan penyokong ni, golongan yg berlumuih, gangster, gedebe, ganazz dan segala kata2 makian.

So, klu blh jangan jd "mat over" ok? Case kat peghok tu, sudah2 la yeop.. mengalah tak bererti kalah. Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian tu, wallahua'lam.

POSTO.. POSTO..

adoi.. bersawang umah gue.. first time gue nak bukak citer ni.. selalunya gue copy paste je... gambo tanpa cerita.. bila tgk mat kimi pun jadi blogger, gue pun naik semangat nak mengarang..
adui la.. letih pikir nak susun ayat.. dah lama tak mengarang.. dah le time sekolah dulu karangan selalu tahap average je.. kesimpulannya memang tak de talent jd penulis tersohor..

emm... nak citer apa ek... actually wa tgh pening skrng ni.. mcm2 hal, mcm2 citer yg menyakitkan mata dan tinga.. pasal UG la, hape la.. sbg seorang yg duk atas pagar, yg lbh condong kepada kumpulan yg memperjuangkan amar makruf nahi mungkar ni, gue mintak tolong la sesangat.. jgn la berpecah belah. Jgn kerana diuji dgn kemenangan yg kecik, masing2 dah naik tocang. Golongan muda yg celik politik masing2 dah nampak kewibawaan PAS dlm perjuangan membela nasib anak bangsa dan agama ni. Jadi sama2 la pertahankan prinsip perjuangan parti dan aspirasi rakyat.

erk.... UG tu gapo dio.. UG-14 ke, mcm yg ni... hehehe



UMNO tu ibarat ular, bukan sebarang ular, tp anaconda gitew. anaconda ni tak main patuk2nya.. tak hip hop ler. Klu dapat terus telan je.. tgk size la bro..heheh..so paham2 sendiri la yek.. jgn sampai ada yg kena telan 2,3,4 kali.. tgk kepada situasi skrng sampai gue kena kapan pun gue takkan percaya UMNO akan berubah menjadi lbh baik.

Wa syahdu giler dgn perangai2 melayu dlm UMNO ni. Malas nak membebel..masing2 dah arif perangai diorang. Apa jenayah diorang tak buat. Tp sbb diorang ni ala2 above the law kononnya, tak de polis berani tangkap.. tak de mahkamah berani dakwa, tak de jail berani kurung. Maka jadilah gang2 ni, bertambah besar kepala, bertambah jahat....

Insaflah wahai manusia. Kita idup ni paling lama pun 60 thn je. Tak pernah pikir siksaan kubur ke.. tak pernah pikir pembalasan akhirat ker.. jahil agama sgt ker org2 ISLAM akhir zaman ni..
insaf la wahai jiwa...........

emm.. puas rasa hati..ringan rasa kepala dpt mengadu kat sini.

Monday, June 8, 2009