Sunday, August 23, 2009

SALAM RAMADHAN.. SELAMAT BERPUASA DAN BER.......BUKA DAAA.. RAYA LAMBAT LAGI.. HEHEHE

Saturday, August 15, 2009

KEMPEN MEMAKAI MASK









Hari demi hari pengidap H1N1 makin bertambah. Setiap hari kita duk mengira jumlah kematian kat negara kita ni.. Sampai bila keadaan ini akan berlanjutan. Yg musykil.. dlm susasana seserius ini masih ada yg pandang remeh.. endah tak endah dgn langkah2 keselamatan yg sepatutnya kita amalkan utk memastikan penyakit ini dpt dielakkan daripada attack kita dan org2 yg kita sayangi..
Bukan la susah sgt nak pakai mask.. bukan susah sgt utk avoid public area, bukan susah utk bersihkan anggota badan dgn sabun jika itu dpt elakkan kita sekeluarga daripada menjadi mangsa. Selain daripada mengamalkan doa2, eloklah kita amalkan sekali saranan kementerian kesihatan tu.
Anak musafircomot 2 dah sekolah. risau jugak jika berlaku apa2. So musafircomot paksa diorang pakai mask. memang mula2 diorang malu la, rimas la.. tp musafircomot psycho la sikit.. then musafircomot tempekkan sticker kartun kegemaran diorang kat mask masing2.. so cute.. klu tak caya cuba la.. kat mask musafircomot pun ada sticker buttefly sekor.. heheheh.. org nak tgk, pandang2 pun lantak ler.. bukan korang kenal wa pun.. hahaha.. be creative and innovative ok?

Thursday, August 6, 2009

Doa supaya dilindungi dari segala penyakit.


Semoga Allah melindungi dan menghindarkan diri2 kita dari penyakit berbahaya. Selamat beramal.

Monday, August 3, 2009

Penangan HwangNwang....

Ketika entry ini di copy dr http://idhamlim.blogspot.com/ tlh berlaku sbyk 8 kematian akibat jangkitan H1N1 dlm negara kita. It seems like buat masa ini masih tiada cara yg benar2 berkesan utk mengelakkan virus ini drpd terus merebak. Apakah ini merupakan bala dari Allah. Spt yg kita dpt perhatikan sekeliling, betapa manusia skrg hidup sebebas2nya, jauh dari landasan yg tlh ditetapkan agama ISLAM yg kita sayangi.

Wahai manusia..
igtlah dunia semakin di penghujung usia..
kiamat hampir tiba..
apa bekalan yg akan kita bawa..

Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
* Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)
* Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain- lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
1. Kanak- kanak berusia kurang 5 tahun
2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
3. Kanak- kanak dan remaja (18 tahun ke bawah) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang
4. Wanita mengandung
5. Dewasa dan kanak- kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
6. Dewasa dan kanak- kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah
7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.

Sunday, August 2, 2009

Amalan memudahkan bersalin

Untuk sesiapa yg sedang menunggu kelahiran ahli keluarga yg baru. Blh beramal dgn ayat ini utk memudahkan proses bersalin, InsyaAllah.

Surah An-Nahl: ayat 78-80[78]
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Sunday, July 26, 2009

Nurin si lanun

Sian anak mama.. kena pakai eye patch. Semalam ktorng pegi ISEC kat Mid Valley, suggested by opthalmologist kat hospital pakar Annur. Kat Malaysia ni quite bersepah la jugak pakar mata, BUT pakar mata budak just ada 2 org je. Sorang kat ISEC, Dr. Choong dan sorang lagi kat HKL. Bkn senang nak jadi pakar mata budak. Opthalmologist kena tmabah lg 3 thn study, tak ramai yg sanggup kut.

Klu pegi HKL, mesti kena Q bertahun2, so ktorang decide pegi je kat ISEC setelah dapat refer letter dari An-nur, then dpt GL dari tempat keje bapak budak2 ni. Berdebau gak jantung mama, takut karang Dr. advice suruh operate ke apa ke.. tak sanggup tgk anak dlm kesakitan.

But then Alhamdulillah, Dr. ckp parut kat kornea mata Nurin tak effect sgt penglihatan dia.. just sipi2 pupil je.. tak menghalang sgt cahaya masuk ke retina. because of that problem, mgkin Nurin byk rehatkan mata kanan dia, jd lazy eye. So mata kiri overloaded. So Dr. advice utk tempek eyepatch selama 2 jam sehari pada mata kiri utk membiasakan mata kanan bekerja. Hopefully after 2 mnths mata kanan akan memikul beban yg sama dgn mata kiri.

Masalah macam tu hanya blh dipulihkan dgn operation, tp Dr. tak advice sgt. Sbb Nurin still baby, chances utk pulih tak besar dan byk risiko, lagipun parut dekat kornea mata nurin duk tepi2 pupil je, parut tu mungkin tidak akan membesar dan tidak mgkin menjadi lbh kecil, tp diharapkan semakin Nurin membesar, matanya yg lebih besar akan menjarakkan lagi parut dgn pupil. InsyaAllah.

Mula2 dipakaikan eyepatch tu, sibuk gak tangan dia nak tanggalkn benda alah tu. Tp stlh tak berjaya, dia give up.. dia biar je la mcm tu. Kakak2 si Nurin panggey dia lanun.. sampai ati korang ye..

Walau apa pun ckp opthalmologist kanak2 tu, mama yakin Allah penuh dgn sifat Pengasih, Penyayang, Mengasihani.. mana tau miracle akan berlaku kat Nurin.. One day parut kecik kat kornea mata Nurin akan ilang 100%... who knows?? InsyaAllah.. apa2 pun mama saaaaaaaayangggggg sgt kat Nurin. .. Muahhhhhhhhhhhssssssssss

Sunday, July 19, 2009

Majlis Khatam IQRA' SRA Sg. Ramal.

Jumaat 17/8/2009 si kakak terpaksa ponteng sekolah kebangsaan sbb ada Majlis Khatam IQRA' kat sekolah agama pada ptg tu.. serba salah jugak.. dua2 penting, tp demi meraikan majlis tu, kami benarkan lah dia ponteng.. maka ptg jumaat 2.30ptg berduyun2 la kami sekeluarga termasuk atoknya ke sekolah agama utk meraikan majlis si kakak dan kengkawannya. Bangga mama tgk kakak bebaris masuk dewan.. dan kemudian mengalunkan beberapa surah dan beberapa page dlm IQRA' 6.. last sekali diorang alunkan doa khatam quran. Lepas tu baru la ada ucapan guru besar, pengerusi PIBG dan seterusnya majlis penyampaian sijil dan hadiah.

Actually si kakak ni dah lama dah tamat IQRA'.. ketika memasuki umur 6 thn klu tak silap.. duk mengaji dgn mama yg garang ni ptg2 dan malam2 hari.. selalu kena cubit, sbb dia ni malas sikit.
Berbaloi la jugak w/pun kadang2 kesian. tp demi melihat si anak dpt menguasai ALQURAN dgn baik pada usia muda, mama kuatkan semangat, paksa diri ngajar si anak...
Sejak si kakak kecik, baru belajar bercakap lagi mama dah ajar ngaji.. time2 nak tidur baca ayat2 lazim, start dari AlFatihah sampai surah ad-dhuha, juga ajar segala doa yg mama tau... 2-3 hari setel la satu surah/doa.. Alhamdulillah.. dah habis hafal semua tu, baru la start study alif ba ta.. beli cd kumpulan ilham.. tiap2 hari duk dengar CD tu.. then baru kenalkan si kakak dgn IQRA'.

InsyaAllah tak lama lagi si kakak akan khatam QURAN pulak. Tinggal lagi satu juz je lagi nak habis.. tak sabar2 mama nak wat pulut kuning ngan bunga telur.. hehee.. Actually mama tak sabar kakak khatam sbb mama dah tak larat nak layan kerenah kakak yg selalu byk iklan time ngaji.. dan punya susah nak pujuk suh ngaji... SABARRRRRRRRRRR...... sikittttttttt je lagi....