Wednesday, July 16, 2008

TOKEY BUSY


wa take over la.. ari ni 16/7/2008.. wa sedey banget bila dpt tahu DSAI dah ditangkap dgn cara yg tak sepatutnya oleh polis yg bertopeng... polis bertopeng?? gaban ker?? ultramen ker ?? menakutkan la malaysia ni..

DSAI dilayan bagaikan seorang penjenayah yang paling berbahaya didunia. Kereta pengiring polis berbelas2 buah mengiring dihari penangkapan beliau. gang2 mamak pun tak dapat layanan sehebat tu..

wa nak bukak satu cerita.. time PRU ari tu, wa ngundi kat lembah pantai, kws nurul izzah.. sblm masuk ke bilik megundi wa sempat menjeling ke meja polis yg terletak di sebelah bilik mengundi, time tu meja tu kosong.. entah kemana pegi pak polisi tu.. tp wa sempat baca sikit2 isi satu pamplet yg ada diatas meja tersebut.. pamplet tersebut keseluruhannya memburukkan DSAI. Kandungan pamplet tu, menuduh DSAI sebagai agen yahudi, Amerika dan sebagainya.. di gambarkan seolah2 DSAI merupakan musuh utama negara, mesti di musuhi, diperangi sedahsyat2nya.. timbul satu pertanyaan di pikiran wa, mungkinkah setiap polis kat malaysia ni tlh diberikan kursus yg module mcm BTN, dimana isinya semata2 menghentam dan memburukan2 DSAI utk menanamkan rasa benci dan meluat semua polis terhadap DSAI. ye la.. setakat polis yg hanya berkelulusan SPM, sejauh manalah sgt otak diorng ni blh berpikir..

Apa2 pun wa harap kepada semua pencinta keamanan dan keadilan, sama2 lah kita berdoa agar Allah akan melindungi mereka2 yg ikhlas berjuang utk kepentingan rakyat dan negara, yg ikhlas berjuang di jalan Allah. dan seterusnya memberikan kita taufik dan hidayah utk kita menilai mana yg baik dan mana yg buruk.

Semoga Allah memberikan pembalasan yg sewajarnya kepada mereka2 yg bersubahat dan terlibat dengan kezaliman dan perbuatan fitnah yg keji.. undang2 rimba yg diamalkan di negara ini, tidak byk yg dpt kita lakukan untuk membela mereka2 yg telah teraniaya .. hanya Allah tempat bergantung dan meminta pertolongan.

wa harap drama ni akan cepat berakhir dan seterusnya dapat meneruskan impian dan harapan sebahagian besar rakayt malaysia utk melihat dan menjadikan Malaysia ini sebuah negara yg lebih baik, maju dan makmur. InsyaAllah.

0 comments: