Tuesday, July 8, 2008

PENJAGAAN TAYAR KERETA



Tayar yang rosak boleh mengakibatkan kemalangan yg boleh mengancam nyawa pemandu dan penumpang. Selalu2 lah memeriksa tayar anda sebelum memulakan perjalanan. Perhatikan diantara satu bunga tayar dengan bunga tayar yg lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yg sama dengan bunga, bermakna tayar tersebut perlu ditukar dalam masa 3 hingga 4 bulan, bergantung kepada kekerapan perjalanan anda.
Di bawah ini di sertakan tips menukar tayar kereta.
1. Pilih saiz tayar yang sesuai dengan kereta anda. Jika menggunakan saiz tayar yg besar, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak menunjukkan bacaan yang tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayatnya.
2. Selepas mendapat saiz tayar yang sesuai, perhatikan di bahagian tepinya. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Rangkaian nombor tersebut adalah maklumat tarikh tayar tersebut dikilangkan (minggu dan tahun). maklumat ini blh digunakan utk tujuan keselamatan. kebiasannya tayar perlu ditukar selepas 2 tahun dikilangkan.
3. Perhatikan rangkaian nombor dan huruf yg dicetak timbul di bahagian tepi permukaan tayar. Sebagai contoh 205/50 VR16 bermaksud lebar tayar adalah 205mm, ketebalan(dari rim ke permukaan jalan) adalah 50% daripada kelebaran 205mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inchi. huruf VR bermaksud tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240km/j tanpa menjejaskan ketahanan dan kekuatan tayar.
4. Kebanyakkan tayar dibuat berdasarkan iklim sesebuah negara. Tayar import mungkin tidak sesuai digunakan oleh kereta di negara ini. Jangka hayat tayar mungkin akan menjadi lebih pendek.
5. Tayar sepatutnya ditukarkan kedudukan setiap 3 bln. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang, dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
6. Jika kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermakna tekanan angin di dalam tayar telah berkurangan.

1 comments:

coban said...

hoho kasi la shoutbox nak tinggal comment huhu-aweks